Be the first to review this e-book.
Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering
berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di
sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.
Pun begitu, Dania atau 'Nia' berdepan...
View More
Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering
berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di
sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.
Pun begitu, Dania atau 'Nia' berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah,
lelaki kacak tapi 'brutal' bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk
membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia.
Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah
datang memberi tekanan.
Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti 'enigma' di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung.
Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana 'kepelikan' dan 'keunikan' yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania?
Tetapi... siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang
membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih
dengan hak orang.
Pukul 3.00 Pagi, membincangkan perasaan 'baik' vs 'jahat'. Apakah mungkin label 'baik' pada Dania mampu
untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan?
Tapi... kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon?
View Less