Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas | Lee Lay Wah, Silvianne Bonadei, Lynne Yong, Melissa Chua | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | 978-967-461-077-7 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas by Lee Lay Wah, Silvianne Bonadei, Lynne Yong, Melissa Chua from  in  category

Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Author : Lee Lay Wah, Silvianne Bonadei, Lynne Yong, Melissa Chua




Pengurusan tingkah laku merupakan aspek penting dalam pendidikan khas yang setakat ini kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Buku Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas mengandungi himpunan strategi untuk meningkatkan tingkah laku positif kanak-kanak berkeperluan khas. Program pengurusan tingkah laku ini adalah hasil usaha kolaboratif panel pakar bidang pendidikan khas...

View More
Pengurusan tingkah laku merupakan aspek penting dalam pendidikan khas yang setakat ini kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Buku Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas mengandungi himpunan strategi untuk meningkatkan tingkah laku positif kanak-kanak berkeperluan khas. Program pengurusan tingkah laku ini adalah hasil usaha kolaboratif panel pakar bidang pendidikan khas serta pakar bidang keperluan khas klinikal. Strategi-strategi yang dipersembahkan dalam program pengurusan tingkah laku ini adalah berasaskan prinsip behaviorisme, pembelajaran sosial dan kognitif-behavioral. Di samping teori, langkah pelaksanaan yang merangkumi langkah penyediaan bahan dan langkah implementasi dijelaskan. Program pengurusan tingkah laku ini sesuai diaplikasi di dalam kelas pendidikan khas, kelas inklusif, persekitaran terapi klinikal serta di rumah. Penyelidikan kajian lapangan telah dilaksanakan untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan strategi ini di dalam kelas pendidikan khas. Ibu bapa, keluarga, pengamal pendidikan khas seperti guru serta pengamal kesihatan seperti ahli psikologi merupakan sasaran pembaca buku ini. Buku ini juga sesuai digunakan sebagai buku teks akademik untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang pendidikan khas. Pihak pengarang berharap agar buku ini boleh memanfaatkan semua anggota masyarakat yang terlibat dalam proses pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
View Less


ADD TO CART


Book Title Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Author Lee Lay Wah, Silvianne Bonadei, Lynne Yong, Melissa Chua
ISBN 978-967-461-077-7
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.


Nor Aniroh binti Musa Rated it

Jun 22, 2019

Program pengurusan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas

buku ini dapat menigkatkan kefahaman dan cara-cara untuk menguruskan murid berkeperluan khas.



Related Books