Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad | Jelani Harun | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | 9789838616713 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad by Jelani Harun from  in  category

Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad

Author : Jelani Harun
Be the first to review this e-book.



Penerbitan buku Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad ini adalah suatu penghargaan khusus para sarjana terhadap Profesor Ali Ahmad yang telah banyak menabur jasa dan sumbangan berharga kepada sejarah perkembangan kesusasteraan tanah air. Isi kandungan buku menyentuh kepelbagaian tema dan bahan perbincangan yang suatu waktu dahulu pernah...

View More
Penerbitan buku Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad ini adalah suatu penghargaan khusus para sarjana terhadap Profesor Ali Ahmad yang telah banyak menabur jasa dan sumbangan berharga kepada sejarah perkembangan kesusasteraan tanah air. Isi kandungan buku menyentuh kepelbagaian tema dan bahan perbincangan yang suatu waktu dahulu pernah menjadi tumpuan penelitian Profesor Ali Ahmad, sama ada dalam konteks kajian kesusasteraan tradisional mahupun moden. Dalam kepelbagaian tema dan bahan perbincangan tersebut terangkum suatu kesatuan pendapat yang melihat kepentingan dan kerelevanan ilmu kesusasteraan sebagai wadah pemikiran dan pengukuhan tamadun hidup bangsa. Isu-isu dan perbincangan yang diutarakan dalam buku ini diharap dapat membangkitkan semula ingatan Profesor Ali Ahmad terhadap dunia kesarjanaan dan kesusasteraan yang pernah menjadi begitu sebati dengan kehidupannya. Beliau seorang tokoh yang telah meninggalkan pengaruh kepada pengajian kesusasteraan Melayu yang terus kukuh berperanan dalam proses pembangunan negara hari ini. Daripada tradisi hikayat dan sejarah, Profesor Ali Ahmad akhirnya menemukan tasawur Islam untuk arah masa depan kesusasteraan Melayu. Dalam harapan yang lebih luas, topik-topik perbincangan dalam buku ini diharap dapat membuka minda para pembaca secara keseluruhannya tentang kewujudan kesusasteraan Melayu yang semakin menuju ke tahap kematangan dan kemantapannya.
View Less


ADD TO CART


Book Title Jalan ke Taman: Esei-esei Penghargaan untuk Profesor Ali Ahmad
Author Jelani Harun
ISBN 9789838616713
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.




Related Books