Hingga Dia | Orked Putih | AIHEJ PUBLISHING & DISTRIBUTORS | 978-967-12187-0-9 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Hingga Dia by Orked Putih from  in  category

Hingga Dia

Author : Orked Putih




HINGGA DIA Nia, gadis kampung yang cantik, bijak dan cekal. Perawakannya yang merendah diri membuatkan dirinya begitu mudah untuk disayangi dan didekati. Hidupnya penuh laluan berduri namun ketabahan hati menjadikan jiwanya kental. Sejak usia remaja lagi Nia sudah meminati Adam. Usulan ibu mertua agar Nia dan Adam disatukan diterima dengan...

View More
HINGGA DIA Nia, gadis kampung yang cantik, bijak dan cekal. Perawakannya yang merendah diri membuatkan dirinya begitu mudah untuk disayangi dan didekati. Hidupnya penuh laluan berduri namun ketabahan hati menjadikan jiwanya kental. Sejak usia remaja lagi Nia sudah meminati Adam. Usulan ibu mertua agar Nia dan Adam disatukan diterima dengan hati penuh berbunga. Sangkanya, itulah jua permintaan lelaki idamannya itu. Namun, dia tidak menyangka perkahwinannya belayar di ribut gelora sejak hari pernikahannya lagi. Derita perkahwinannya ditelan sendiri, tidak diceritakan kepada nenek, mak su mahupun Yati, sahabat akrabnya. Walau jiwanya terseksa, dia tekad untuk menyelamatkan rumahtangganya. Adam Zikri, ahli korporat muda yang tampan dan sering mencuri perhatian. Lantaran rasa sayang dan hormat kepada kedua ibubapanya, dia menurut dengan berat hati permintaan ibunya agar dia menikahi Nia Zara, anak yatim yang telah kematian ibu bapa sejak dari kecil lagi. Sangka Adam, Nia merupakan wanita mata duitan yang sanggup mengorbankan cinta orang lain demi mencapai kepuasan duniawinya. Tanpa Adam sedari, dia menyalahkan Nia atas perkahwinan itu. Nia dihukum secara mental dan emosi apatah lagi kehadiran Nia menjadi penghalang hubungannya dengan Netty. Kemunculan Iskandar di dalam hidup Nia secara tidak sengaja mengubat duka hatinya. Iskandar, seorang usahawan terulung yang diibaratkan sebagai ‘The Most Eligible Bachelor’ ketika itu, sering menjadi perhatian media. Pada pandangan mata Iskandar pula, Nia adalah wanita istimewa. Wanita yang sukar dicari dewasa ini. Mungkinkah Adam akan melepaskan Nia kepada Iskandar? Mampukah Iskandar menembusi tembok hati Nia untuk lelaki lain? Atau mungkinkah Adam mulai sedar bahawa Nia telah menakluki hati dan jiwanya? Ketika badai melanda hubungan Adam dan Nia, apakah akhirnya kesudahan hubungan mereka? Mungkinkah akan terbit cinta di dasar gelora ? Biarlah hati yang menentukan …
View Less


ADD TO CART


Book Title Hingga Dia
Author Orked Putih
ISBN 978-967-12187-0-9
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by AIHEJ PUBLISHING & DISTRIBUTORS


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.


Joan Rated it

Dec 18, 2014

Hingga Dia

good

lara mayesha Rated it

Feb 10, 2015

hingga dia good job orked

suka dengan cerita ni bila dah baca makin lama makin menarik jalan ceritanya saya menanti karya baru dari penulis


View All Reviews

Related Books