Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah | Zamri Mohamad, Imran Yusuf | PTS Publications | 978-967-411-065-9 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah by Zamri Mohamad, Imran Yusuf from  in  category

Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah

Author : Zamri Mohamad, Imran Yusuf




Memiliki cinta yang membahagiakan adalah pilihan yang dapat dicapai semua orang. Apa yang membezakan antara satu sama lain adalah jalan dan pendekatan yang diambil bagi memetik buah-buah cinta yang segar dan ranum. Cinta sentiasa bersifat misteri. Ia dapat dirasai dengan hati dan diterjemah melalui perbuatan. Buku ini mengetengahkan pendekatan dari...

View More
Memiliki cinta yang membahagiakan adalah pilihan yang dapat dicapai semua orang. Apa yang membezakan antara satu sama lain adalah jalan dan pendekatan yang diambil bagi memetik buah-buah cinta yang segar dan ranum. Cinta sentiasa bersifat misteri. Ia dapat dirasai dengan hati dan diterjemah melalui perbuatan. Buku ini mengetengahkan pendekatan dari dalam ke luar dalam menyampaikan mesej kasih sayang dalam minda lelaki. Jika yang diberi itu kasih sayang, maka yang diterima juga kasih sayang. Tetapi apakah cara yang efektif bagi menyampaikan hasrat hati ini? Persoalan lain yang selalu diajukan adalah berkenaan bagaimana mendapatkan komitmen lelaki dalam mengurus perhubungan sedia ada. Tidak dapat dinafikan soalan mengurus konflik tanpa menjejas sayang yang sudah ada juga menjadi pertanyaan penting orang perempuan. Buku ini cuba menjawab persoalan bagaimana menawan hati lelaki sebagai pasangan dan cara menyampaikan hasrat diri kepadanya. Buku ini meneroka pemikiran dan sikap lelaki dalam menerima risalah cinta daripada perempuan yang sentiasa dirindui. Ia realistik dan memenuhi cara hidup kontemporari tempatan yang kita lalui hari ini. Aisyah digambarkan sebagai seorang isteri yang mempunyai orientasi tindakan yang tinggi. Beliau memberi respon aktif secara lisan dan perbuatan kepada apa yang disampaikan oleh nabi sama ada didikan, teguran dan peringatan. Aisyah juga menjadi penting kerana beliau menjadi rujukan alternatif kepada orang Islam. Orientasi tindakan dalam kehidupan Aisyah meneguhkan kedudukan Nabi Muhammad baik dari segi hidup peribadi, dakwah dan mengurus hidup keluarga. Realitinya, dalam diri kita ketika ini sudah ada ciri-ciri Aisyah yang dapat digubah menjadi sesuatu yang akan mengindahkan hidup berpasangan.
View Less


ADD TO CART


Book Title Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah
Author Zamri Mohamad, Imran Yusuf
ISBN 978-967-411-065-9
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by PTS Publications


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.


Norina bt Mohd Nor Rated it

Mar 02, 2020

Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah

Ilmu yang bolwh dimanfaatkan



Related Books