Siri Indahnya Bahasaku - Gurindam | Khadijah Hashim | K PUBLISHING SDN BHD | 978-983-852-669-2 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Siri Indahnya Bahasaku - Gurindam by Khadijah Hashim from  in  category

Siri Indahnya Bahasaku - Gurindam

Author : Khadijah Hashim
Be the first to review this e-book.



Gurindam ialah puisi warisan orang Melayu. Bunyinya berirama dan sedap didengar. Temanya berunsur nasihat dan ingatan. Ada juga gurindam bercerita seperti sesuatu hikayat. Sesuai dengan peranannya sebagai peringatan, awal ayat boleh dimulakan dengan perkataan ìbarang siapaî, ìjikaî, ìapabilaî, atau ìkalauî. Namun, untuk buku kecil ini penulis hanya menggunakan perkataan awalnya...

View More
Gurindam ialah puisi warisan orang Melayu. Bunyinya berirama dan sedap didengar. Temanya berunsur nasihat dan ingatan. Ada juga gurindam bercerita seperti sesuatu hikayat. Sesuai dengan peranannya sebagai peringatan, awal ayat boleh dimulakan dengan perkataan ìbarang siapaî, ìjikaî, ìapabilaî, atau ìkalauî. Namun, untuk buku kecil ini penulis hanya menggunakan perkataan awalnya dengan ìjikaî dan ìapabilaî kerana ia lebih mudah bagi peringkat umur anak-anak sekitar 6 hingga 7 tahun. Gurindam terdiri daripada beberapa bentuk. Ada yang bentuk bebas, tidak terikat dengan baris, tetapi kebanyakannya dua atau empat baris dengan empat hingga enam perkataan sebaris. Dalam buku gurindam peringkat awal ini, penulis menggunakan kaedah dua baris dengan membawa pola ìsebab dan akibatî. Baris pertama menunjukkan ìsebabî. Manakala baris kedua ìakibatî. Secara mudah difahami ialah, baris pertama itu soalan. Baris kedua ialah jawapan. Gurindam boleh dibaca secara bebas dan boleh dijadikan senikata lagu. Contoh 1: Jika kerja tidak dirancang, (sebab) Rugi tenaga masa terbuang. (akibat) Contoh 2: Apabila ayam berkokok di awal pagi, (sebab) Tanda siang terbit matahari. (akibat) Buku ini berkonsepkan serampang dua mata iaitu memperkenalkan gurindam, mengenali objek, serta berlatih membaca mengikut suku kata. Gurindam yang dikarang dengan tema nasihat dan ingatan menyentuh hal-hal yang berlaku di depan mata dan yang dialami oleh kanak-kanak. Dengan ilustrasi berwarna-warni diharapkan dapat menarik kanak-kanak membaca dan mengenali gurindam, puisi tradisi kita sejak di peringkat tunas lagi. ñ Khadijah Hashim
View Less


ADD TO CART


Book Title Siri Indahnya Bahasaku - Gurindam
Author Khadijah Hashim
ISBN 978-983-852-669-2
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by K PUBLISHING SDN BHD


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.




Related Books