25 Pahlawan Islam | Shafie Abdul Rahman | Must Read Sdn Bhd | 978-967-0392-41-7 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
25 Pahlawan Islam by Shafie Abdul Rahman from  in  category

25 Pahlawan Islam

Author : Shafie Abdul Rahman
Be the first to review this e-book.



Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka, demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya...

View More
Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka, demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah, Mus’ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.   Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani hidup sebagai seorang Muslim sejati, mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat. Elakkanlah diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi, bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.   Semoga pemaparan suka duka perjuangan para pahlawan Islam yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kinidalam mempertahankan kesucian agama Islam, Insya-Allah.
View Less


ADD TO CART


Book Title 25 Pahlawan Islam
Author Shafie Abdul Rahman
ISBN 978-967-0392-41-7
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by Must Read Sdn Bhd


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.




Related Books