Life is Beautiful Magazine | alhayatjamilah.com | Life is Beautiful | LIB001 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Life is Beautiful Magazine by alhayatjamilah.com from  in  category

Life is Beautiful Magazine

Author : alhayatjamilah.com
Be the first to review this e-book.



'Life is Beautiful' (LIB) yang bermaksud kehidupan itu indah, dipilih sebagai nama majalah interaktif ini dengan harapan majalah ini boleh diterima secara global di masa akan datang. Untuk peringkat awal, majalah interaktif digital ini diterbitkan dalam bahasa Bahasa Melayu dan kandungannya tertumpu kepada gaya hidup wanita Muslimah. Berpangkalan di www.alhayatjamilah.com...

View More
'Life is Beautiful' (LIB) yang bermaksud kehidupan itu indah, dipilih sebagai nama majalah interaktif ini dengan harapan majalah ini boleh diterima secara global di masa akan datang. Untuk peringkat awal, majalah interaktif digital ini diterbitkan dalam bahasa Bahasa Melayu dan kandungannya tertumpu kepada gaya hidup wanita Muslimah. Berpangkalan di www.alhayatjamilah.com (alhayat jamilah bermaksud Life is Beautiful dalam bahasa Arab) majalah LIB menyentuh berbagai-bagai aspek yang relevan dalam kehidupan seharian para Muslimah termasuklah pengalaman dan kisah-kisah berkaitan rumah tangga, famili, kerjaya, juga tip-tip dan panduan yang boleh dijadikan rujukan. Majalah interaktif berbentuk digital ini mempunyai elemen-elemen interaktif, bukan sekadar video, audio, animasi, grafik dan lain-lain, malah turut dimuatkan ‘widget’ interaktif seperti peta, trip advisor dan lain-lain yang membuatkan majalah ini lain daripada yang lain. Majalah yang dibina menggunakan teknologi moden HTML 5 yang lebih ringan dan dinamik. Majalah interaktif LIB ini memuatkan pelbagai ruangan yang menarik termasuk fesyen, dekorasi, kraftangan, idea hadiah, percutian, kerjaya, perkahwinan, kewangan, hartanah, masalah yang dihadapi wanita dan sebagainya. Apa yang menarik tentang majalah interaktif digital LIB ini ialah ia berkonsep ‘crowd-sourcing’ di mana sumber bahan tulisan disediakan oleh orang luar (bloggers terutamanya) yang mempunyai idea dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama para pembaca, bukan wartawan atau editor dari syarikat penerbitan. kami juga ingin menjemput para pembaca di luar sana untuk lebih mendekatkan diri dan mengenali bacaan secara digital, memandangkan bacaan digital masih baru di Malaysia.
View Less


ADD TO CART


Book Title Life is Beautiful Magazine
Author alhayatjamilah.com
ISBN LIB001
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by Life is Beautiful


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.




Related Books