Pengantin Ramadan | Ameera Ameer | AA Idea Publication | 9789671831502 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Pengantin Ramadan by Ameera Ameer from  in  category

Pengantin Ramadan

Author : Ameera Ameer




“Maaf mencelah tapi kalau pak Harun tak keberatan, saya bersedia berkahwin dengan Ara.” – Herman Sebaris ayat itu benar-benar merubah kehidupan seorang Adra Nur. Kerana fitnah, dalam sekelip mata sahaja dia bakal menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tidak dikenali. “Macam mana Ara nak reda kak kalau Ara tak kenal...

View More
“Maaf mencelah tapi kalau pak Harun tak keberatan, saya bersedia berkahwin dengan Ara.” – Herman Sebaris ayat itu benar-benar merubah kehidupan seorang Adra Nur. Kerana fitnah, dalam sekelip mata sahaja dia bakal menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tidak dikenali. “Macam mana Ara nak reda kak kalau Ara tak kenal dengan bakal suami Ara?” – Adra Bagi Herman pula, peluang itu ibarat bulan jatuh ke riba. Keinginannya untuk beristeri sudah terpampang di hadapan mata setelah beberapa orang calon pilihannya ditolak mentah-mentah oleh ibunya. “Elehhhhh! Buat muka kesian konon. Tapi ada mak tak bagi kau kahwin? Ada? Ada?” – Mak Cik Yah “Memanglah tak ada tapi calon Man asyik mak reject aje,” – Herman “Cuba kau fikir, macam mana mak nak setuju kalau pilihan kau tak senonoh semuanya? Si Milah tu, umur dah 45 tahun. Tak ada yang muda lagi kau nak kahwin? Baru kahwin lima enam tahun dah menopos dah dia. Berangan nak anak selori. Kau ingat dia kucing boleh beranak lima enam kali setahun?" – Mak Cik Yah Sayangnya perkahwinan itu tidak disenangi oleh mak cik Semah dan Suhaila kerana rancangan mereka untuk menyatukan Adra dan samseng kampung bernama Leman tidak berjaya. Sejak itu juga kebencian mereka kepada Adra semakin menjadi-jadi. “Tapi, betul ke mak abang Herman akan ceraikan dia?”- Suhaila “Iya. Kau percayalah cakap aku. Herman tu kahwin dengan dia sebab kesian aje. Emak si Herman terima pun sebab terpaksa aje tu. Kau bukan tak tahu mak cik Yah tu orangnya macam mana. Garang nak mampus dan jahat mulut pulak tu,” – mak cik Semah Adra dan Herman, mereka berbeza tetapi perbezaan itu semakin merapatkan mereka. Melayan sikap Herman yang agak kebudak-budakan dan gila-gila, hidup Adra penuh dengan gelak dan tawa. “Elehhh! Takut abang Man mengintailah tu kan?” – Herman “Eh! Tak. Bukan macam tu. Hurmmm….Ara...Ara...tak selesa.” – Adra “Alaaa…kalau abang Man mengintai pun bukannya berdosa. Bini abang Man bukannya bini jiran sebelah.” - Herman Tapi benarlah, bukan namanya manusia jika tidak diduga. Sedang mereka asyik mencipta bahagia, dugaan datang tanpa dipinta. Herman terduduk dan Adra pula diam tak terkata. Akan berjayakah kasih sayang dan cinta mereka mengatasi semua rintangan atau rebah dek dengki khianat manusia?
View Less


ADD TO CART


Book Title Pengantin Ramadan
Author Ameera Ameer
ISBN 9789671831502
Language BM
Book Format epub
Date Published September 2nd 2020 by AA Idea Publication


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.


Izzati Ali Rated it

Oct 21, 2020

File Tak Bole Dibaca

xboleh dibaca. Keep showing 2nd page walaupon dh slide so many times. Please do some fixes

Ixora Riana Rated it

Nov 16, 2020

Pengantin Ramadan

Best gilaaa!! Serius tak tipu. Jalan cerita tak klise. Watak semua orang kampung je. Takde Datuk, Tan Sri dan Dato Sri terlibat dlm cerita ni. Hero pn kerja ternak kambing dan bela ikan je. Tak kacak mana. Heroin pn biasa2 je. Ni baru la cerita rakyat marhaen biasa. Asyik hero anak orang kaya, pewaris Megah Holding, kacak dan bergaya.. mak mentua tak suka menantu pilihan anak lelaki.. bla.. bla.. bla.. bosan dah aku baca. Pengantin Ramadan mmg best sbb kelakar. Plot pn tersusun cantik. Yg tak cantiknya aku tak boleh baca melalui hp. Alignment lari. Aku dapat baca ni pn melalui tab. Tapi sakit hati jugak la dgn technical error dia.. Katakan lah kita dah baca sampai page 218, tetiba jari tersalah scroll, terus dia exit story ni. Jenuh la jari kena scroll balik selai2 page sampai kita jumpa page yg kita tengah baca tadi. Puas jugak la tahan sabar. Nasib cerita best. Haha. Tu kalau baca dari tab la. Kalau baca dari hp, mmg kelaut terus. Pecahan bab pn takde. Taktau apa masalah eSentral utk cerita ni. Aku suggest korang baca versi cetak jela. Lg puas hati. Aku rate bintang tinggi sebab cerita ni best je. hehe


View All Reviews

Related Books