Kerana Aku Untukmu | Acik Lana | Lovenovel Enterprise | 978-967-0657-90-5 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Kerana Aku Untukmu by Acik Lana from  in  category

Kerana Aku Untukmu

Author : Acik Lana




DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama! “Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad “No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia...

View More
DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama! “Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad “No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat ‘tali’ yang terus mengikat mereka berdua. ZENIA... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar telah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu. Kehadiran Darriz Imdad yang lebih berani merapati membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi. Perasaan cinta mula berbenih, hingga akhirnya mereka disatukan biarpun mendapat tentangan hebat daripada ibu Darriz Imdad sendiri. Namun ribut taufan menjengah kebahagiaan mereka. Semuanya gara-gara Fakhry. Sikap obsesi Fakhry terhadap Zenia akhirnya membawa kepada konflik yang tidak disangka-sangka. Banyak hati yang terluka! “Have some pride Fakhry, begging someone to like you is so pathetic!” ~ Zenia “Aku takkan mengalah, aku tetap takkan lepaskan kau macam tu aje. Kau tetap hak aku dan aku akan paksa kau untuk terima aku semula!” ~ Fakhry Jadi di mana pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Darriz Imdad atau Fakhry yang berjaya memiliki seluruh diri Zenia? Dan mampukah bahagia muncul kembali setelah ada noda hitam yang terpalit?
View Less


ADD TO CART


Book Title Kerana Aku Untukmu
Author Acik Lana
ISBN 978-967-0657-90-5
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by Lovenovel Enterprise


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.


Nur Hamimah Zakaria Rated it

Aug 29, 2015

ok je

Sebab jalan cerita macam pernah baca kat lain. So dah bleh agak ending dia.

Fakhirudin bin Mohd Razali Rated it

Feb 07, 2017

Kerana Aku Untukmu

Karya yang bermutu. Saya suka penceritaan dan perkembangan watak yang ingin ditonjolkan. Syabas penulis.


View All Reviews

Related Books