Ke Arah Negara Berkeupayaan Spatial | Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | 978-983-861-794-9 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Ke Arah Negara Berkeupayaan Spatial by Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin from  in  category

Ke Arah Negara Berkeupayaan Spatial

Author : Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin
Be the first to review this e-book.



"Rakyat dan negara berkeupayaan spatial adalah suatu ciri istimewa apabila data spatial yang tepat dan terkini diperolehi secara ubiquitous. Ini memerlukan data dan perkhidmatan yang boleh diakses secara tepat melalui perkongsian dan integrasi perkhidmatan data spatial. Namun, masih terdapat banyak isu dan cabaran yang perlu diatasi untuk mempunyai suatu pelantar...

View More
"Rakyat dan negara berkeupayaan spatial adalah suatu ciri istimewa apabila data spatial yang tepat dan terkini diperolehi secara ubiquitous. Ini memerlukan data dan perkhidmatan yang boleh diakses secara tepat melalui perkongsian dan integrasi perkhidmatan data spatial. Namun, masih terdapat banyak isu dan cabaran yang perlu diatasi untuk mempunyai suatu pelantar berkeupayaan spatial supaya transaksi harian agensi kerajaan khususnya dalam penyampaian perkhidmatan menjadi lebih cekap dan berkesan. Keupayaan spatial secara ubiquitous menggunakan konsep tempat dan lokasi dan pada bila-bila masa untuk menyusun maklumat dan proses kini merupakan sebahagian mana-mana pembentukan e-kerajaan ke arah pencapaian strategi ICT negara. Penulisan ini membentangkan dan membincangkan perkembangan negara serta peluang, isu-isu dan cabaran yang terlibat dalam mereka bentuk dan membangun pelantar infrastruktur data spatial negara. Dengan terbentuknya Infrastruktur Data Spatial Negara (NSDI), pembangunan data geospatial yang mampan membolehkan negara berdiri seiring dengan negara-negara maju. Beberapa isu utama diketengahkan supaya negara setanding dengan negara-negara maju lain dalam memenuhi objektif pembangunan mampan. Infrastruktur sedia ada turut dibincangkan dan beberapa penyelesaian ke arah meningkatkan lagi prestasi pentadbiran dikemukakan supaya negara terus bergerak ke hadapan untuk menjadi sebuah negara berkeupayaan data spatial. Penekanan diberikan kepada isu-isu yang berkaitan dengan perkongsian data antara agensi, pembangunan dataset, penggunaan standard data geospatial, peningkatan dalam bilangan agensi yang menggunakan sistem maklumat geografi (GIS), meningkatkan pembinaan kapasiti permintaan data geospatial, dan peningkatan dalam teknologi GIS.
View Less


ADD TO CART


Book Title Ke Arah Negara Berkeupayaan Spatial
Author Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin
ISBN 978-983-861-794-9
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.




Related Books