Skandal Perakaunan dan Kegagalan Tadbir Urus Korporat | Fauziah Md. Taib | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | 978-983-861-802-1 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Skandal Perakaunan dan Kegagalan Tadbir Urus Korporat by Fauziah Md. Taib from  in  category

Skandal Perakaunan dan Kegagalan Tadbir Urus Korporat

Author : Fauziah Md. Taib
Be the first to review this e-book.



"Konsep persyarikatan moden diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi firma. Manakala pengurus profesional pula digaji bagi menguruskan firma agar lebih cekap dan mantap untuk mencapai matlamat penubuhan firma. Selain daripada membawa kebaikan, pemisahan antara pemilik dengan pengurus juga mengundang pelbagai masalah agensi yang memerlukan pengawasan dan pemantauan yang berterusan. Tadbir urus korporat...

View More
"Konsep persyarikatan moden diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi firma. Manakala pengurus profesional pula digaji bagi menguruskan firma agar lebih cekap dan mantap untuk mencapai matlamat penubuhan firma. Selain daripada membawa kebaikan, pemisahan antara pemilik dengan pengurus juga mengundang pelbagai masalah agensi yang memerlukan pengawasan dan pemantauan yang berterusan. Tadbir urus korporat diwujudkan bagi memantau dan mengelakkan salah laku firma dengan pelbagai jenis peraturan yang terperinci bersama dengan saranan amalan terbaik untuk dicontohi. Namun, satu demi satu skandal perakaunan dilaporkan terus berlaku di seluruh pelosok dunia. Malaysia juga tidak terkecuali apabila turut sama terbabit dalam kemelut kegagalan tadbir urus korporat. Kegagalan ini dikatakan berpunca daripada struktur, komposisi pemilikan, operasi firma dan konglomerat. Bukti kegagalan tadbir urus korporat ini ditunjukkan melalui kes Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) yang menampakkan sikap tamak dan rakus pihak pengurusan syarikat dalam mencari peluang dan ruang untuk memindahkan kekayaan daripada pemegang saham minoriti kepada pemegang saham majoriti. Maka inilah punca sebenar kegagalan tadbir urus korporat dan bukan didorong oleh struktur dan komposisi pemilikan semata-mata.
View Less


ADD TO CART


Book Title Skandal Perakaunan dan Kegagalan Tadbir Urus Korporat
Author Fauziah Md. Taib
ISBN 978-983-861-802-1
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.




Related Books