Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi | Editor: Nazaruddin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | 978-967-461-023-4 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi by Editor: Nazaruddin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw from  in  category

Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi

Author : Editor: Nazaruddin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw
Be the first to review this e-book.



Sejak kurun ke-2 Masihi, telah mula muncul kota-kota awal di sekitar pesisir Semenanjung Tanah Melayu. Hampir kesemua kota ini berfungsi sebagai pusat pelabuhan yang diapit oleh dua kuasa besar iaitu China dan India. Oleh sebab lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal yang amat strategik, kota-kota ini telah menjadi pusat persinggahan serta pusat...

View More
Sejak kurun ke-2 Masihi, telah mula muncul kota-kota awal di sekitar pesisir Semenanjung Tanah Melayu. Hampir kesemua kota ini berfungsi sebagai pusat pelabuhan yang diapit oleh dua kuasa besar iaitu China dan India. Oleh sebab lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal yang amat strategik, kota-kota ini telah menjadi pusat persinggahan serta pusat pengumpulan dan pengedaran komoditi asing, terutamanya oleh pedagang-pedagang dari China. Kerajaan-kerajaan ini antaranya termasuklah kerajaan Tan-Tan, Pan-Pan, Ch’ih-Tu, Fo-Lo-An, Langkasuka, Kedah Tua dan Lo-Yueh. Sumber bertulis yang memberi gambaran tentang kerajaan-kerajaan ini kebanyakannya adalah daripada sumber China. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa telah wujud perhubungan yang rapat dan berkesinambungan antara China dengan Dunia Melayu dalam satu jangka masa yang panjang. Buku Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi ini menggarap beberapa isu penting tentang hubungan antara China dengan kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu daripada aspek politik dan sosiobudaya. Perkara yang diberi perhatian termasuklah huraian daripada aspek sumber China, persepsi orang China tentang kerajaan-kerajaan Melayu, hubungan pemikiran awal, bentuk hubungan yang wujud serta kesan perubahan dasar politik China kepada perkembangan kerajaan-kerajaan Dunia Melayu.
View Less


ADD TO CART


Book Title Hubungan Politik dan Sosiobudaya China-Dunia Melayu Hingga Kurun ke-15 Masihi
Author Editor: Nazaruddin Zainun, Nasha Rodziadi Khaw
ISBN 978-967-461-023-4
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.




Related Books