Arak dan Pencegahannya di Malaysia | Penyunting: Mastura Mohd. Zain | Institut Kefahaman Islam Malaysia | 978-983-2718-38-3 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Arak dan Pencegahannya di Malaysia by Penyunting: Mastura Mohd. Zain from  in  category

Arak dan Pencegahannya di Malaysia

Author : Penyunting: Mastura Mohd. Zain




Isu arak mula timbul dengan kes Kartika Sari Dewi Shukarnor pada tahun 2009 yang telah dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang kerana kesalahan meminum arak. Pada tahun yang sama isu ini telah dipanaskan lagi di Selangor dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah membuat rampasan...

View More
Isu arak mula timbul dengan kes Kartika Sari Dewi Shukarnor pada tahun 2009 yang telah dijatuhkan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang kerana kesalahan meminum arak. Pada tahun yang sama isu ini telah dipanaskan lagi di Selangor dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah membuat rampasan minuman keras di sebuah premis kedai serbaneka di Shah Alam. Arak telah lama menjadi masalah di negara ini. Ia mudah didapati terutamanya oleh golongan muda di kedai runcit dan sebagainya. Undang-undang memberi pengecualian kepada minuman beralkohol seperti bir atau todi. Ini bermakna penjualan runcit kecil-kecilan tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan boleh dijual di kedai tanpa pelesenan. Kajian di luar negara telah menunjukkan bahawa kesan arak adalah lebih teruk daripada dadah. Bagaimanapun Malaysia didapati lebih menumpukan perhatian kepada masalah dadah berbanding isu arak. Dadah disebut sebagai najis dadah dan boleh dihukum mati jika mengedarnya. Kesan utama arak terhadap otak manusia menyebabkan proses kognitif, iaitu antaranya persepsi, tumpuan, kesedaran, keupayaan berfikir, kecerdasan, dan banyak lagi termasuk menyebabkan fungsi otak terganggu yang sering disebut sebagai keadaan mabuk. Apa yang menarik peminum arak bukan setakat dalam kalangan orang yang jahil sahaja tetapi juga melibatkan kalangan golongan cerdik pandai. Pengambilan arak tidak menjadi satu kesalahan dalam peraturan undang-undang sivil walaupun sampai kepada tahap mabuk melampau sekiranya tidak mencederakan sesiapa atau tidak memandu. Namun, dalam agama Islam, arak adalah satu kesalahan jenayah dan telah termaktub dalam enakmen syariah negeri-negeri serta Wilayah Persekutuan. vii BUKU ARAK.indd 7 9/7/16 3:21 PM Arak dan Pencegahannya di Malaysia Masyarakat harus dididik untuk melihat kepentingan mencegah arak sejak dari awal lagi. Sebagai sebuah negara yang Islam menjadi Agama Persekutuan, isu ini harus dipandang serius agar maruah terpelihara serta mendapat keberkatan hidup. Sesebuah tamadun itu akan binasa jika arak dibiar berleluasa sehingga menjadi sukar untuk dibendung lagi.
View Less


ADD TO CART


Book Title Arak dan Pencegahannya di Malaysia
Author Penyunting: Mastura Mohd. Zain
ISBN 978-983-2718-38-3
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by Institut Kefahaman Islam Malaysia


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.


KALAI SELVI Rated it

Apr 29, 2018

arak

Buku ini sesuai dibentangkan dikalangan remaja untuk memberi kesedaran tentang bahaya pengambilan arak.



Related Books