Urbanisasi dan Perumahan di Malaysia | Julaihi Wahid | PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA | 978-967-461-034-0 | eBook Marketplace | bukoo.e-sentral.com
Urbanisasi dan Perumahan di Malaysia by Julaihi Wahid from  in  category

Urbanisasi dan Perumahan di Malaysia

Author : Julaihi Wahid
Be the first to review this e-book.



Malaysia mempunyai perancangan yang sistematik dalam usaha untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Pembangunan fizikal yang teratur perlu disusun selari dengan peningkatan urbanisasi serta sejajar dengan kadar peningkatan dalam bidang ekonomi dan sosial yang diuar-uarkan dalam program transformasi nasional. Kerajaan Malaysia menggubal beberapa pendekatan untuk meningkatkan kualiti kehidupan,...

View More
Malaysia mempunyai perancangan yang sistematik dalam usaha untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Pembangunan fizikal yang teratur perlu disusun selari dengan peningkatan urbanisasi serta sejajar dengan kadar peningkatan dalam bidang ekonomi dan sosial yang diuar-uarkan dalam program transformasi nasional. Kerajaan Malaysia menggubal beberapa pendekatan untuk meningkatkan kualiti kehidupan, memupuk integrasi sosial dan keperluan asas yang mencukupi. Antara dasar yang diutamakan adalah dasar fizikal perumahan. Pemilikan rumah merupakan hak bagi setiap manusia dan merupakan sebahagian daripada undang-undang antarabangsa berhubung hak asasi manusia. Perkara ini telah dibangkitkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Malaysia sebagai sebuah negara yang mementingkan kesejahteraan rakyat tidak terkecuali dalam hal ini. Campur tangan kerajaan dalam penyediaan perumahan awam oleh pihak swasta tidak boleh dielakkan. Penyerahan sistem perumahan kepada mekanisme pasaran terbuka akan menyebabkan harga rumah menjadi semakin mahal. Sistem kapitalis yang meminimumkan penglibatan kerajaan juga tidak akan menyelesaikan masalah perumahan di bandar. Sistem sosialis yang menganggap perumahan itu hak setiap rakyat juga mustahil untuk dilaksanakan kerana pembekalan mahupun pengagihan rumah tidak disasarkan kepada kemampuan sebenar rakyat. Sebagai negara yang mengamalkan sistem kapitalis, sudah pasti mekanisme penentuan harga rumah memihak kepada sistem pasaran bebas yang dalam keadaan marginal untuk menolak penerimaan permintaan, namun ia dilihat tidak dapat menyelesaikan masalah perumahan. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan bilangan penduduk dunia yang mencecah 7 bilion orang pada Oktober 2011 dan dijangka bertambah kepada 10 bilion pada tahun 2050. Kadar urbanisasi di Asia Tenggara pada tahun2010 ialah 41.8 peratus, manakala pada tahun 2025 ia akan mencapai 49.7 peratus.
View Less


ADD TO CART


Book Title Urbanisasi dan Perumahan di Malaysia
Author Julaihi Wahid
ISBN 978-967-461-034-0
Language BM
Book Format epub
Date Published Published by PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.




Related Books